Bermula dari ‘Bawaku Pergi’ yang terlancar pada tahun 2012 sampailah yang terbaru ‘Dilemma’ di tahun 2024, Kaka Azraff adalah seorang penyanyi yang tak sama dengan mana-mana penyanyi yang kita ada. Jalur muziknya berbeza, dan dia mencipta ‘bunyi’ yang tersendiri. Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ‘Gila’, paduan suara bersama Noki dan Loca B, Kaka Azraff terus utuh dengan konsep muziknya yang tersendiri. Di sisi peribadi, dia kini mengulit bahagia bersama tiga cahaya mata lelaki.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Saya suka tentang kematangan saya dan tidak merasa beban dengan standard kehidupan atau lifestyle society. Saya selesa menjadi diri saya sendiri.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Sejujurnya, saya sentiasa merasa lebih muda dari usia sebenar. Saya rasa lebih aktif, dan gembira terutamanya bila bersama anak-anak. Menjadi seorang ibu hanya membuatkan saya lebih relaks dan tak tertekan dengan hidup, dan itu juga yang mungkin membuatkan saya berasa lebih muda.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Luangkan lebih masa bersama arwah Mama saya. Belajar semua resipi makanan kegemaran saya yang Mama masak.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Solat, bersenam dan luangkan masa bersama keluarga. Semua hal ini memberi saya good feeling.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, tidak terburu-buru. Fikir dan nilai perkara sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan .
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Pilih kawan dengan bijak.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Lakukan benda-benda yang saya suka. Go hiking!
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Membaca isi hati orang lain… haha!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Ketenangan dan hidup bersama orang tersayang.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Carefree!
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Happy 25th EH! Selama dua dekad lebih, EH! adalah panduan gaya hidup, fesyen dan hiburan yang banyak memberi inspirasi kepada semua pembaca setia, and one of them is me! Much LOVE!