Mimi Lana ketika ini sedang ‘dibenci’ peminat drama ‘Andai Tiada Dia’ dek keberkesanan watak ‘Intan’ yang dibawanya. Dia juga meruntun hati wanita-wanita Malaysia menerusi watak ‘Khalish’ menerusi siri ‘perempuan Itu’. Dua hal ini menjadi indikator betapa versatilnya seorang wanita bernama Mimi Lana dalam dunia lakonan. Berilah apa sahaja watak, dia akan menggalas tanggungjawab itu dengan cemerlang. Menurut Mimi, dia mewarisi bakat lakonan neneknya, yang mana neneknya adalah seorang pelakon bangsawan di era Tan Sri P. Ramlee. Tahun ini Mimi turut muncul di dalam filem ‘The Experts’, dan filem ‘Mencari Ramlee’ masih lagi menunggu tarikh tayangan.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Kesemuanya.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar? Huraikan sedikit?
I’m aging gracefully. I really feel my age now!
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Melancong!
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Membaca.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu? What would you do differently?
Tiada apa-apa. Saya tidak suka menoleh ke belakang.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Lakukan apa yang anda minat, ikut naluri dan sentiasa yakin dengan setiap keputusan dibuat.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Banyakkan ibadah dan mungkin meneruskan pengajian saya.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Invisible.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu? How do you pursue it?
Tenang.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Banyak menghabiskan masa di rumah, tiada kerja, tiada apa-apa kerana COVID-19.
Kongsikan ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Selamat menyambut ulang tahun yang ke-25, EH! Thank you for every beauty moment that we cherish together. EH! will always have a special place in my heart. Lots of love.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Khir Khalid (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Ckay Liow |
Baca : #EHTOP25 Awal Ashaari