We had so much fun pada hari ke-2 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam!
Setelah kejayaan gemilang pada hari pertama, siri jelajah En Route to EH!xperience x Kérastase diteruskan dengan lebih meriah dan penuh gaya pada hari kedua di UiTM Shah Alam.
Hari yang padat dengan aktiviti, inspirasi dan keseronokan, UiTM Shah Alam you are awesome! Nantikan lokasi seterusnya dalam siri En Route to EH!xperience x Kérastase, mungkin giliran universiti anda pula yang akan diserbu!
Sorotan utama hari kedua menjadi milik pempengaruh digital kecantikan Nia Atasha dalam sesi perkongsian eksklusif. Kali ini, beliau menyentuh lebih mendalam tentang bagaimana mencipta kandungan kecantikan yang menarik dan konsisten di media sosial, di samping menekankan kepentingan penjagaan rambut harian menggunakan Glaze Drops by Kérastase.
Hari kedua juga menyaksikan sambutan hangat terhadap activation istimewa oleh jenama fesyen Nazifi Nasri, yang meneruskan pemberian 100 card holder eksklusif kepada pelajar bertuah. Barisan pelajar yang beratur panjang menjadi bukti betapa kolaborasi fesyen dan kecantikan ini mendapat tempat di hati generasi muda kampus.
Aktiviti yang dijalankan kekal menjadi tumpuan dengan suasana yang lebih hidup. Masterclass bersama produk terbaru Kérastase, Memory Game padankan produk dan Draw My Hair terus menarik penyertaan yang tinggi.
Ruangan kopi percuma oleh @hwc_malaysia sekali lagi menjadi tempat kegemaran untuk bersantai sambil menikmati aroma kopi yang harum. Di ruang Selfie & Slay bersama @canonmalaysia, pelajar tampil lebih berani dan kreatif dengan gaya tersendiri, ada yang hadir dalam fesyen kampus ikonik ada juga yang menjadikan ruang ini sebagai tempat ‘content creation’ bersama rakan-rakan.
Baca: Impresi Pertama Pelajar HELP University Subang 2 Di En Route To EH!xperience x Kérastase