En Route To EH!xperience x Kérastase mencipta sejarah terulung dalam dunia majalah digital dan produk kecantikan rambut apabila ia berjaya menjelajah ke lapan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di sekitar Lembah Klang.
Bermula dari 23 Jun hingga 3 Julai 2025, siri jelajah En Route To EH!xperience x Kérastase bukan sekadar sebuah aktivasi kecantikan biasa, tetapi menjadi perintis kepada pendedahan produk premium secara langsung kepada generasi muda secara peribadi di kampus mereka sendiri.
Dengan semangat ingin mendekati komuniti pelajar secara lebih peribadi dan bermakna, EH!, majalah digital berganding bahu secara eksklusif bersama Kérastase, jenama penjagaan rambut mewah dari Perancis.
Kolaborasi ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan seperti Nazifi Nasri, Asly, SHALS KL dan Ayaaya Studio, serta jenama gaya hidup dan kecantikan yang semakin digemari termasuk HWC Coffee, Canon Malaysia dan beberapa beauty influencers terkenal!
Terima kasih atas sokongan En Route To EH!xperience kolaborasi bersama Kérastase yang tidak terhingga, hingga kita jumpa lagi!
Setiap kunjungan ke universiti seperti UiTM Shah Alam, HELP University Subang, MMU Cyberjaya, INTI Nilai, UCSI, Taylor’s University, University of Nottingham Malaysia dan City University, menyaksikan kehadiran ratusan pelajar yang teruja untuk merasai pengalaman eksklusif ini.
30 Minit Bersama KOL
EH!xperience x Kérastase juga memperkenalkan sesi istimewa berdurasi 30 minit bersama KOL kecantikan terpilih di setiap lokasi. Sesi ini bukan sekadar perkongsian tip kecantikan dan penjagaan diri, malah menjadi ruang dua hala interaksi eksklusif pelajar dengan ilmu content creation, teknik penggayaan peribadi dan dorongan untuk mengekspresikan identiti mereka secara lebih yakin.
Antara nama-nama yang turut serta termasuk Aisha Retno, Dee Alimin, Nia Atasha, Athina Kamarudin dan selebriti Yaya Zahir yang turut mencuba Glaze Drops secara langsung di lokasi.
Aktiviti Menarik!
Selain penjagaan rambut, pelajar turut disajikan dengan pengalaman menyeluruh meliputi fesyen, kopi dan teknologi. Booth khas oleh Canon membolehkan pelajar menangkap potret berkualiti tinggi, manakala HWC Coffee menyediakan kopi artisan sebagai pelengkap harian.
Baca: Impresi Pertama Pelajar HELP University Subang 2 Di En Route To EH!xperience x Kérastase