Kala negara sedang menuju fasa endemik, kelihatannya semakin ramai rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19.
Baru minggu lalu Nabila Huda mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, kini Datin Paduka Eina Azman pula menerima nasib yang sama.
Khabar duka itu dikongsi Eina menerusi satu hantaran di Instagram Story di mana dia turut mendedahkan kakak serta anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun juga dijangkiti.