Menerusi beberapa perkongsian lain, dia dilihat menyediakan hidangan sup ketam – penawar yang diakuinya membantu sedikit sebanyak ketika suaminya dijangkiti Covid-19 dengan gejala teruk sebelum ini.
September tahun lalu Eina dan Kaiser Gurmeet menerima khabar duka apabila disahkan positif Covid-19 pada hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
Walau pelakon itu mengalami gejala ringan seperti batuk dan demam, suaminya hampir dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana disahkan berada di tahap empat dan jangkitan virus merebak 30 peratus pada paru-paru sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan.
Foto: Instagram
Baca: Covid-19: Nabila Huda Dijangkiti Kali Kedua Dengan Gejala Lebih Teruk