Namun ternyata ia bukanlah perkongsian yang menggembirakan peminat. Menerusi foto tersebut, Eina yang dilihat sedang berbaring di atas katil hospital mendedahkan dia sebenarnya menghidap masalah kesihatan.
Kongsi bintang The Maid ini, dia baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur namun tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi.
Tambahnya, dia telah membuat biopsi di leher sebanyak empat kali sejak tahun 2016 namun sakit yang dialami masih belum sembuh.