Pelakon ini turut meluahkan rasa terkejut dan bingung bagaimana mereka boleh dijangkiti.
“Macam nak gugur jantung bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian calit. Malah minggu lalu saya dan suami baru sahaja menjalani ujian saringan sebelum pembedahan dan keputusannya negatif.
“Saya tidak tahu bagaimana dalam seminggu saya boleh dijangkiti. Sedih sangat apabila terpaksa tengok anak-anak membuat ujian. Saya memang tak sampai hati,” tulisnya.
Cahaya mata kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef termasuk kakaknya, Wenny Azman bagaimanapun disahkan negatif.