Tambah Eina, dia mengalami demam panas dan batuk manakala suhu badan suaminya pula agak tinggu dengan bacaan oksigen yang tidak menentu.
“Setiap dua hari kami perlu ke hospital untuk berjumpa doktor bagi memantau keadaan dan menjalani X-ray,” tulisnya.
Kongsi Bintang The Maid ini, dia tidak menyangka akan diuji pada hari ulang tahun perkahwinannya namun percaya pada ketentuan Allah.
“Kami menerima ujian ini dengan hati terbuka. Doakan agar kami sekeluarga termasuk bibik kembali sihat seperti biasa.”
Foto: Instagram
Baca: Eina Azman Hidap Masalah Kesihatan, Baru Semalam Jalani Pembedahan