Sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini, Elfira berkongsi berita gembira yang mana dia bakal melancarkan kerjasamanya bersama jenama tudung terkenal Indonesia, Buttonscarves. Elfira menjadi selebriti Malaysia pertama yang menjalin kerjasama dengan label tersebut.
Himpunan debut Buttonscarves x Elfria itu dinamakan sebagai The Maharani Series dan dilancarkan pada 1 Ramadan tahun ini. Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan skarf kapas voal dan sutera satin yang selesa untuk dipakai. Gambar-gambar kempen koleksi ini dirakamkan di Jaipur, India pada Februari lalu.
Menceritakan bagaimana kolaborasi ini boleh bermula, menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf itu, kerjasama ini bermula daripada bual-bual kosong di Instagram.“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.Dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.”
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya. The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang atau aplikasi Buttonscarves sendiri. Ketika ini pihak Buttonscarves turut menawarkan penghantaran percuma bagi pembelian RM200 ke atas.
Ditanya mengenai menyambut Ramadan tahun ini, Elfira mengakui dia akur dengan ujian terjadi.“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,”
“Nikmat jadi ibu begitu sukar digambarkan dengan kata kata. Tanggungjawab itu bukan mudah. Tapi saya terus menyesuaikan diri.Dulu masa Rayyan baru lahir, macam tak percaya sudah jadi mak. Pernah masa dodoikan dia pun tersasul bahasakan diri sebagai kakak. Apabila diingat balik momen itu, memang nak tergelak,” kongsi Elfira tentang pengalamannya bergelar ibu.
Saya secara peribadinya seronok melihat perkongsian Elfira tentang anaknya di media social. Dia nampak begitu enjoy dengan kehidupan barunya. Menurut Elfira permata hatinya itu sangat beruntung kerana menjadi perhatian utama ibu dan adik-beradiknya ketika ini.
“Saya sebenarnya rasa gembira kerana PKP ini sebenarnya membuka ruang untuk saya sekeluarga lebih dekat dan akrab dengan anak. Tak terasa pun PKP sudah melepasi tempoh lebih sebulan.Jika selama ini masing masing sibuk dengan kerja. Jadi masa berkualiti bersama keluarga itu tak banyak. Malah saya suka untuk melihat proses tumbesaran anak di depan mata. Ia nikmat dan patut dinikmati.