Gambar: Instagram Elfira Loy
Sambutan angka 21 tahun buat Elfira Loy adalah angka yang dipilih untuk mengotakan janjinya untuk bertudung setelah sekian lama. Mungkin bagi orang lain, 21 ibarat satu kunci pembebasan untuk melangkah ke dunia realiti. Namun, bagi selebriti genit ini memilih 21 untuk mengubah penampilan diri sepenuhnya ibarat membuka buku baru dalam kehidupannya.
Sambutan awal hari kelahiran Elfira Loy semalam dikatakan satu kejutan buat Elfira. Melalui laman Instagram akaun miliknya, Elfira menyatakan seakan dia tidak dapat menghidu langsung sebarang kejutan buat hari jadinya apabila ibunya merangkap pengurusnya sendiri yang merancang kejutan sambutan hari lahirnya yang diraikan bersama rakan-rakan artis seperti Sharifah Sakinah, Marsha Milan, Nabila Huda, Bella Dally, Jihan Muse, Sariyanti dan ramai lagi. Turut hadir ke sambutan hari lahirnya, Baim Wong, selebriti dari Indonesia yang digosipkan bersama Elfira sebelum ini.
Menurut sumber Berita Harian, Elfira Loy pernah menyatakan hasrat bertudung kepada ibunya tatkala menjangkau 21 tahun. Kerana baginya, perasaan itu sudah lama dipendam, tetapi cuma belum bersedia sepenuhnya. Mencecah usia 21 tahun ini, Elfira Loy nekad untuk bertudung sebagai simbolik kepada kelahiran semula.