Pelakon Misteri Mona, Elisya Sandha mendedahkan pengalaman buruk yang dilaluinya ketika menjalani penggambaran drama terbaharu.
Menerusi sidang media maya bersama barisan drama Ratu Ten Pin yang berlangsung dua hari lalu, Elisya berkata dia mengalami kecederaan di buku lali sewaktu menjayakan satu babak.
“Saya menggunakan peralatan khas boling ketika berlatih di bawah bimbingan jurulatih. Namun ketika penggambaran, saya terpaksa gunakan peralatan biasa kerana dalam drama ini saya berlakon sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan boling,” katanya.
Tambahnya, walaupun menyarung kasut khas ketika latihan, dia terpaksa menyarung kasut yang disediakan pusat boling ketika sesi penggambaran.