Twitter pada masa kini melarang siaran gangguan, penderaan dan siaran kecederaan fizikal juga mengetatkan undang undang tentang penyebaran maklumat yang salah terutama sekali berita tentang COVID-19.
Pakar yang mengkaji rangkaian sosial bimbang tentang tujuan baharu Musk untuk melonggarkan peraturan undang-undang di Twitter. Mereka mengatakan itu boleh memberi lesen kepada pengganggu, troll dan lain-lain untuk menyalahgunakan platform.
Mereka juga bimbang kelonggaran peraturan di Twitter oleh Musk akan memberi kuasa kepada pengguna untuk mengeksploitasi dengan menyebarkan maklumat yang salah, pembohongan dan perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan awam.