Sewaktu temu bual, Emilia mendedahkan bahawa sebahagian otaknya hilang selepas menjalani pembedahan namun tetap bersyukur kerana kesihatannya kembali pulih.
“Melihatkan bahagian otak saya yang ‘hilang’ ketika membuat imbasan ultrabunyi, agak mengagumkan apabila saya masih mampu bercakap dengan jelas dan menjalani kehidupan normal sepenuhnya tanpa sebarang kesan,” katanya.
Tambah bintang berusia 36 tahun itu, masalah kesihatan yang dialaminya amat mengancam nyawa dan pemulihannya dianggap satu keajaiban.
“Saya termasuk dalam golongan minoriti yang berjaya pulih daripada situasi tersebut,” ujarnya.