Tanggal 30 Disember lalu merakam detik indah buat Emma Roberts apabila cahaya matanya, Rhodes menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Belum sebulan, muncul pula satu khabar duka mengenai perpisahan Emma dengan teman lelakinya yang merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi, Garrett Hedlund.
Portal media antarabangsa mengesahkan pasangan itu membuat keputusan untuk berpisah beberapa minggu lalu setelah mengalami keretakan perhubungan selama berbulan-bulan.
“Keputusan ini amat menyedihkan, dan mereka mencuba sehabis baik untuk membesarkan anak bersama-sama. Perhubungan mereka agak sukar,” menurut satu sumber terdekat.