Satu sumber mendedahkan Garrett sedaya upaya memberi yang terbaik termasuk sokongan padu kepada Emma selepas kelahiran anak mereka di tengah-tengah keributan pandemik Covid-19.
“Menimang cahaya mata di musim pandemik lebih sukar daripada yang dijangka, namun mereka berusaha sedaya upaya untuk permudahkannya.
“Garrett banyak membantu kala Emma masih dalam proses pemulihan selepas bersalin. Dia penuhkan rumah dengan segala kelengkapan dan keperluan yang disukai Emma supaya dia berasa selesa,” jelas satu lagi sumber.