Pemenang Oscar, Emma Stone membintangi filem prekuel klasik Disney terbaharu, Cruella dengan memegang watak jahat ikonik, Cruella de Vil.
Akhirnya filem ini akan menghangatkan pawagam di seluruh dunia tidak lama lagi. Sejak gambar Emma Stone sebagai Cruella telah tular di internet tahun lalu, Disney akhirnya telah mengeluarkan poster dan juga trailer filem Cruella yang merupakan prekuel untuk karakter jahat ikonik daripada filem klasik Disney, 101 Dalmations.
“I am woman. Hear me roar,” bicara Emma Stone melalui trailer Curella yang menyaksikan perubahan dari gadis muda kepada wanita ‘psycho’ yang menakutkan dalam solekan dan dandanan rambut hitam dan putih.
Pelakon La La Land itu kelihatan cukup sempurna dengan watak penuh kejahatan selaku pelakon utama, Cruella. Pemenang Oscar itu akan membawa watak Cruella de Vil dalam versi muda daripada lakonan asal Glenn Close. Ikon Hollywood berbakat itu telah memegang watak ikonik tersebut dalam filem yang pertama ditayangkan pada tahun 1996.
Filem ini akan berlatarkan era punk-rock kota London sekitar tahun 1970-an. Menurut Disney, filem Cruella kali ini akan mengikuti pereka fesyen muda, Estella de Vil yang menjadi obsess kepada kulit anjing terutamnaya anjing jenis Dalmations. Dan dia akhirnya menjadi legenda yang kejam dan menakutkan yang dikenali sebagai Cruella.
Projek yang mula diumumkan pada 2013 ini turut menampilkan pelakon berbakat, Emma Thompson yang memegang watak Baroness, selain barisan palkon lain seperti Joel Fry, Paul Walter Hauser, Mark Strong dan juga Emily Beecham. Ia akan diarahkan oleh pengarah filem ‘I, Tonya’, Craig Gillespie. Dan lebih menarik, Glenn Close juga bertindak sebagai penerbit eksklusif untuk filem ini.
Filem ini akan ditayangkan bermula 28 Mei 2021 di pawagam.
Foto: Disney
Baca lebih lanjut: 3 Trik Rahsia iPhone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu