Akhirnya, Emmy Rossum dan penulis skrip filem Mr.Robot, Sam Esmail berkahwin juga selepas dua tahun bertunang.
Pasangan ini berkahwin dalam satu majlis tertutup di Central Synagogue di kota New York pada Ahad lalu. Ia dihadiri oleh ahli keluarga serta beberapa rakan artis yang rapat dengan mereka.
Antaranya adalah Robert Downey Jr., William H.Macy, Rami Malek, Christian Slater dan Hilary Swank. Rossum dan Esmail berkenal pada tahun 2014 selepas bertemu antara satu sama lain di set penggambaran filem Comet, sebuah filem komedi romantik yang diarahkan oleh Esmail.
Kedua-duanya mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos 2015. Rossum tampil dengan busana potongan off shoulder bermanik rona putih rekaan Carolina Herrera. Aktres itu menyatakan yang mana Herrera adalah pereka pilihannya pada bulan Februari lalu.
Rossum sering dilihat mengenakan gaun rekaan pereka fesyen itu di karpet merah acara rasmi, jadi tidak terkejutlah yang mana bintang filem Shameless itu seakan tidak merisaukan busana perkahwinannya itu ketika ditanya berhubung persediaan perkahwinan di New York Fashion Week.
Ujarnya, “Dia tahu apa yang patut dia lakukan. Tidak perlu untuk tergesa-gesa . Dia boleh menciptanya dalam masa satu hari sahaja. Saya tidak bimbang akan perkara itu.”
Memandangkan butiran mengenai hari bahagianya kekal bersahaja, ia menunjukkan yang mana sikap pengantin baru itu seakan lebih relaks akan pembikinan busananya itu.
“Saya tidak terlalu kisah bagaimana rupanya busana itu. Saya tidak kisah bagaimana rupa pinggan makan. Saya tidak kisah tentang rekaan kad jemputan. Satu perkara sahaja yang bagi saya amatlah penting adalah kami berkahwin dan berlangsungnya parti atau majlis santai,” katanya kepada People.com sebelum ini.