Dua minggu lalu Jennifer dan John membawa perhubungan mereka ke tahap seterusnya dengan mempertemukan kesemua anak mereka sempena sambutan hari jadi pelakon itu pada 16 April.
John memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinannya selama 13 tahun dengan pemain biola terkenal, Caroline Campbell. Jennifer turut menjemput ibu bapa, adik lelaki dan adik ipar John untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.
Walau belum ada sebarang kenyataan mengenai perkahwinan mereka, sumber terdekat mendedahkan pasangan itu sangat bahagia dan amat mencintai satu sama lain.
“Jen menampilkan yang terbaik dari dalam diri John dan dia tidak pernah sebahagia ini. Perhubungan mereka dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang.”
Foto: Getty Images
Baca: 10 Jennifer Paling Popular Di Hollywood: Siapa Lebih Kaya?