Dalam lima-lima cover girls EH! bulan ini, empat darinya pernah saya temubual kecuali Dayah Bakar. Jadi bila membahagi-bahagikan tugas menemubual dengan anak buah saya di EH!, saya awal-awal lagi sudah cop untuk interviu pengacara yang petah berkata-kata ini.
Sering bertemu di pelbagai acara, ini adalah kali pertama saya dapat berbual panjang dengannya, dan saya sangat teruja kerana saya tahu banyak pandangan bernas boleh saya catat hasil temubual ini.
Dayah Bakar, wajah dan suara yang bagi saya sudah sebati dengan penggemar program televisyen seperti Malaysia Hari Ini, Nasi Lemak Kopi O, Borak Kopitiam dan banyak lagi. Dia yang mula dikenali apabila muncul untuk program Projek 3R pada tahun 2013 pernah juga menjadi penyampai radio, malah dia juga pernah merakamkan lagu.
“Saya dapat menjadi diri sendiri, berekspresi dan menyampaikan informasi atau mengupas satu-satu topik dengan gaya dan cara tersendiri,” ungkap Dayah saat saya memulakan temubual dengan pertanyaan apa yang membuatkannya tertarik untuk menjadi seorang pengacara. “Saya tahu apa yang saya kongsikan adalah sesuatu yang penting, ia mungkin membantu seseorang untuk belajar, atau mungkin ia mampu menghiburkan orang. Saya belajar undang-undang sebelum ini tapi saya tak menyambung kerjaya sebagai peguam, tapi saya mahu kerjaya yang masih lagi memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin Allah telah menghalakan doa saya dengan menjadikan saya seorang pengacara yang akan tap lebih ramai audien. Kalau saya menjadi seorang peguam, mungkin saya membantu satu orang saja yakni klien, tapi bila menjadi seorang pengacara, mungkin informasi yang saya sampaikan membantu lebih ramai orang,” sambungnya.
Pada pandangan Dayah apakah ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pengacara yang baik?
Seorang pengacara yang baik itu punya kerelaan Atau inisiatif untuk belajar, membuat research supaya kita boleh mencari kekuatan kita. Setiap hos adalah berbeza-beza. Saya selalu tengok balik cara saya mengacara. My mom selalu rekod program yang saya hoskan dan saya juga suka tanya feedback. Kita mesti terbuka untuk belajar dan memperbaiki diri.
Apakah satu perkara yang Dayah continuously mahu perbaiki dalam cara Dayah mengacara?
Saya rasa dari segi teknikalnya, ada masanya saya bercakap terlalu laju. Malah bila duduk bersembang dengan kawan-kawan saya boleh jadi bullet train.
Siapa yang menjadi rujukan atau idola?
Jika di peringkat antarabangsa saya suka melihat Oprah dan Jimmy Fallon. Saya suka cara mereka menjadi hos. Oprah dia mengacara dengan hati, dia banyak empati, itu cara dia menyentuh hati orang yang menonton. Saya suka how natural dia mengacara, macam dia sedang berbual dengan audiens. Kalau lokal, kecil-kecil dulu saya suka melihat Pak Nil, malah sampai sekarang, dia bersahaja. Di era sekarang saya suka tengok Sherry Al-Hadad, Awal Ashaari dan Alif Satar. Saya suka hos yang bersahaja, dan Sherry bagi saya naturally funny.
Program yang Dayah acarakan selalunya akan ada tetamu yang datang dari pelbagai latar belakang, ada masanya tetamu itu mungkin seakan gemuruh, malu atau tak banyak cakap. Jadi bagaimana Dayah menaikkan energi mereka agar selari?
Ini yang selalu saya lakukan sebelum recording atau live, biasanya sebagai pengacara kita boleh baca body language seseorang, kita boleh tahu orang tu nervous, malu atau mungkin dia memang seorang yang kurang ramah. Sebelum live saya akan ambil masa untuk kenal dan berbual dengan mereka sekejap, kiranya breaking the ice. Saya dah cuba banyak kali dan it works. Saya akan pesan, kalau malu jangan tengok kamera, just talk to me. Lagi satu, saya suka berbual dengan tetamu terlebih dahulu supaya saya boleh double check nama mereka. Kadang-kadang nama orang ni agak sukar untuk disebut, kita tak tahu sehinggalah kita tanya pada orang itu sendiri.
Ini pendapat berdasarkan pemerhatian Bid, era sekarang stesen TV atau radio lebih cenderung memilih pengacara yang kelakar berbanding skil dalam pengacaraan. Seolah sudah jadi satu ciri wajib untuk menjadi kelakar kalau mahu menjadi pengacara. Apa pendapat Dayah tentang situasi ini?
Bagi saya seseorang pengacara itu tak perlu kelakar, dan saya tak nafikan jika dilihat situasi sekarang orang yang pandai membuat lawak lebih menjadi pilihan sebab ada orang rasa bila dia drive balik kerja dia nak dengar sambil berhibur. Tapi kelakar itu sendiri adalah sesuatu yang subjektif, ada orang rasa orang ni kelakar, ada orang rasa tak. Saya tak nak kata ia sesuatu yang tak patut kerana Tuhan dan tentukan rezeki masing-masing. Tetapi culture yang nak ambil pengacara kena kelakar adalah sesuatu yang tak patut.
Kita kena sesuaikan program, tak semua show perlu kelakar dan tak semua program juga perlu pendekatan yang formal. Saya akui situasi ini yang kita nampak dari tahu ke tahun. Bagi saya penting juga untuk memberi peluang pada orang yang memang boleh mengacara. Jika dia boleh mengacara, tahu sensitiviti dan dia kelakar, bagi saya itu bonus.
Dengan kebangkitan media sosial, saya lihat tugas sebagai mengacara sudah bertambah platformnya. Hari ini sudah ada live streaming host, yang saya percaya memerlukan skil berbeza, tambah-tambah lagi ia bukan saja mengacara tapi menjual barang.
It’s true ia sudah jadi cabang pekerjaan baru. Ia memang berbeza secara total. Ia sama macam meniaga, kita perlu tahu detil tentang produk yang kita promosikan dan paling penting kena tahu bagaimana untuk mengikat penonton kerana pengguna media sosial punya lifespan untuk untuk fokus sangat-sangat singkat. It’s totally different set of skills.
Macam saya bila mengacara di Malaysia Hari Ini, biasanya akan ada tetamu, yang mana tetamu-tetamu ini akan merangsang saya dengan pelbagai perasaan. Blok pertama kisah suami yang membuat kejutan manis untuk isteri, kemudian datang pula tetamu yang berkongsi kisah anak kecil menghidap kanser, kemudian masuk pula doktor bercakap fasal penyakit. Hal-hal ini equip your feeling sebagai pengacara.
Berbeza dengan live streaming, kita kena banyak berkata-kata, very light, dan kalau tersilap you boleh lawak sikit-sikit. Dan orang perlu faham tak semua pengacara boleh menjadi livestream host kerana kita kena capture audiens cepat. Apa yang menjadikan TikTok besar kerana ia cepat. Satu video 10 ke 15 saat kemudian orang skrol, lifespan untuk orang fokus sangat pendek terutamanya generasi muda. Jadi di situlah cabarannya.
Okey, sekarang saya mahu bertanya soalan yang berkaitan dengan kehidupan. Dalam hidup adakalanya kita berada di fasa yang tidak pasti atau unsure, bagaimana Dayah berhadapan dengan situasi sebegini?
Honestly saya seorang yang impulsive, bila rasa nak buat sesuatu saya akan buat. Dan saya memang ada juga melalui fasa yang unsure. Orang yang saya selalu cari untuk jawapan atau kepastian ialah suami saya. Dia seorang yang sangat berbeza dengan saya, dia sangat organized, sangat rasional sebab dia army kan jadi dia nampak sesuatu itu lebih menyeluruh dan detil.
Dia bukan orang yang akan kata jangan buat itu jangan buat ini, dia lebih suka memberi perbandingan, jika buat ini apa kesannya, jika buat itu apa pula akibatnya. Dan dia akan tanya saya balik yang mana saya akan pilih. Mana yang saya sanggup untuk sacrifice? Dan jika saya masih belum jumpa jawapan, semestinya kita doalah. Biar Allah yang tunjukkan arah tujunya.
Bilakah momen yang Dayah berasa bebas dan penuh yakin? Ia boleh merujuk kepada satu momen tertentu atau juga perasaannya secara umum.
Bila saya selesai melakukan my work out, sweat it out. Bila saya melakukan sesuatu yang betul pada tubuh saya, exercise, I feel like Jlo… hahaha. Betullah orang kata bersenam itu hasilkan endorphin yang buat kita happy. Bila saya exercise, I know I eat right, mekap on point dan baju saya cantik, secara totalnya emosi saya stabil itu yang buat saya confident.
Ada masanya bila kita bersiap, mekap baju cantik tapi bila hati tak tenang, ada benda yang you tak happy, kita memang takkan rasa confident tu. And if soalan Bids tadi berkaitan dengan satu-satu momen, saya rasa saya cukup bebas dan yakin sewaktu saya tinggal di Australia. Carefree! I’ve been working since habis SPM, jadi bila tinggal di sana saya kerja mengikut masa dan saya ada masa untuk keluarga.
Siapakah wanita yang banyak mempengaruhi Dayah untuk terus berinspirasi?
Definitely my mom. Dia adalah seorang yang kuat dan sabar. Dia adalah faktor yang membuatkan saya untuk do it more, to give more. Berbanding ayah, my mom dia sangat warm, mana-mana orang yang berjumpa dengan dia senang untuk suka dengan dia. Saya paling takut bila dapat Whatsapp dari my mom selepas kerja, ia boleh jadi satu pujian atau kritikan. Dia akan bagi feedback, sometimes dia akan tanya kenapa tudung senget, kenapa blusher tak nampak, kaki kenapa tak rapat. And dia juga akan puji, cantik Dayah hari ni, warna baju naik, good job. She is my biggest critics. Kalau my husband mungkin lebih nak menjaga hati dan lelaki mana perasan sangat tudung senget tak senget, baju atau mekap lain atau tak.
Menurut Dayah apakah cabaran yang dihadapi rata-rata wanita hari ini?
Bagi saya common challenges yang dihadapi oleh wanita hari ini ialah mereka struggle to carry so many hats dalam kehidupan. Menjadi seorang ibu, isteri dan dalam masa yang sama bekerja, dan itu sebenarnya memenatkan. Wanita suka memendam, bottle up perasaan yang tak dikeluarkan. Saya rasa ramai wanita yang akhirnya bertanya sendiri, can I have a break? Sebab itu hari ini ada terma ‘me time’, ‘healing’ dan sebagainya. Sometimes wanita tak nak admit perasaan mereka. Hanya wanita yang tahu sometimes they are so tired. We just tired!
Jadi bagaimana Dayah healing?
Saya suka pamper myself. Jika saya tahu saya ada masa terluang, saya akan terus lock appoinment untuk urut, buat rambut and even to get my favourite dessert. Saya suka cakap kat diri saya, ‘I deserve this’. Kalau healing higher level semestinya bercuti, tapi masanya tak selalu ada.
Bagaimana wanita boleh menunjukkan sokongan kepada wanita yang lain?
Bagi saya the best thing yang seorang wanita boleh berikan kepada wanita yang lain ialah empati. Kita tidak duduk di tempat yang sama, tapi cara terbaik adalah dengan menjadi pendengar terbaik dan cuba memahami, instead of judging atau menulis komen yang boleh menjatuhkan. Saya rasa itu juga adalah satu kelemahan kerana yang suka memberi pendapat atau komen yang menjatuhkan juga adalah wanita itu sendiri.
Ada wanita yang suka mengkritik bagaimana wanita lain melakukan peranannya sebagai ibu. You ada cara you sendiri, orang lain pun ada cara mereka sendiri. Kita buka berada di dalam posisi yang boleh mengkritik orang lain. Saya kalau nampak kawan-kawan saya down, saya akan puji. Macam you buat kerja, bila orang puji mesti you suka kan? The simplest word could lift someone feels.
Dalam banyak perkara, wanita sering dinilai berbeza dengan lelaki. Seakan ada stigma, apa pendapat Dayah?
Saya setuju dan tak dinafikan memang wujud stigma atau stereotyping. Tapi saya tak ada tip atau cara tertentu untuk menyelesaikan isu ini. Jika seorang wanita dilantik sebagai ketua misalnya, you takkan boleh puaskan hati semua orang tapi cara terbaik adalah dengan prove them wrong. Jalankan tugas you sebaiknya sampai orang tak akan question kemampuan you. You just be you, do you. Lama-lama orang akan sedar you can multi-task, mungkin orang akan kata emotionally lebih clever. Mungkin sebagai wanita anda akan jadi seorang ketua yang lebih empati, yang akan ambil masa berfikir bila membuat keputusan.
Orang sering mengatikan kecantikan dalaman dengan kecantikan luaran, bagaimana Dayah menghubungkan kedua-duanya?
Basically kecantikan luaran itu kita akan nampak dengan mata kasar dan pengertian cantik itu sendiri berbeza-beza bagi setiap orang. Bila kita bercakap tentang kecantikan fizikal, dia tak semestinya fizikal luaran saja, ia juga merujuk bagaimana kita connect dengan orang sekeliling. Bila saya masuk dalam industri saya memang tahu cantik fizikal itu juga antara hal yang penting. Tapi apa yang saya boleh cakap cantik fizikal itu memang bersifat sementara, malah kalau you rasa tak cantik sekalipun ia boleh diperbaiki, sebab itu orang kata glow up. Jika berisi boleh jadi kurus.
Tapi yang cantik sebenarnya adalah dari dalam, yang mana bila you cantik dalaman sampaikan orang tak bercakap tentang rupa fizikal you. Cantik dalam ini bila kita rasa full dengan diri kita, grateful, aura dan kita memberi impak positif pada orang sekeliling. No point jika kita cantik luaran tapi we can’t be respectful and grateful, kita tak treat orang dengan baik. Bila kita feel good dengan diri kita, kita layan orang dengan baik, disenangi orang, itulah rasa cantik yang sebenar.
Media sosial juga mencipta beauty standard yang kadang-kadang merisaukan impaknya khususnya pada golongan muda, wujudnya juga peer pressure. Apa pendapat Dayah?
Saya tak nafikan media sosial memang ada mewujudkan satu beauty standard yang ada impaknya kepada orang di luar sana khususnya yang muda-muda. Saya ada anak buah yang dah grow up dan glow up gila-gila, yang bila saya tengok waktu saya sebaya dia pun saya tak pandai nak mekap macam dia. Saya juga risau impak dengan beauty standard media sosial ini kerana tak ramai orang sedar kecantikan yang dipaparkan di platform itu bukan real, dengan pelbagai jenis filter, apa yang dipaparkan tak semestinya asli.
Cara generasi sekarang melihat gambar atau video influencer di media sosial ada impaknya, akan wujud masalah psikologi, yang mereka rasa mereka tak cantik kalau tak ikut trend ni, yang rasa tak cool kalau tak pakai brand baju ni, wujud isu eating disorder. Ia menjadi bahaya bila orang boleh idolize sesiapa yang mereka lihat. Saya harap generasi sekarang tak mudah terbuai dengan media sosial. Zaman kita dulu mana ada orang cakap fasal depression. Jangan terbuai sampai kita lupa self-worth kita.
Sebagai selebriti atau public figure, penonton atau peminat seakan meletakkan kesempurnaan pada penampilan idola mereka, seakan ada beauty standard sendiri untuk sesiapa yang muncul di kaca televisyen. Bagaimana Dayah membuatkan diri Dayah selesa dan yakin dengan ekspetasi ini?
Semakin lama dalam industri semakin banyak yang saya belajar, bagaimana nak stailkan tudung, mekap dan sebagainya. Seperti yang kita tengok media sosial, generasi muda dah mahir bab-bab ini. Saya selalu ada self-thought dan ingatkan diri sendiri, saya adalah diri saya. Tak semestinya saya perlu complacent about myself. Selepas saya lahirkan my second baby, berat badan bertambah 20kg, keyakinan diri saya merudum. Selepas dua bulan gave birth saya terus bekerja. Saya selalu struggle dengan body shaming, ada yang jumpa saya akan cakap, ‘eh, Dayah kat TV nampak besar kat luar tak pula’, dan benda ni saya dengar again and again. It’s so tiring. Tapi benda ini buat saya always improve myself, setiap hari saya akan make sure saya buat 10,000 steps.
I want to feel good about myself, not to impress people. Saya suka buat orang lain happy kerana bila saya berjaya buat orang gembira, I feel fulfilled. I need to get myself on the ground, my husband is my gravity. Bila saya bekerja saya di luar, bila di rumah saya tahu saya berada di safe zone, my safe space. Hal ni penting untuk bina keyakinan dalam diri, saya takkan mampu penuhi ekspetasi orang tapi sekurangnya apa yang saya usahakan adalah untuk diri saya sendiri.
Dayah sudah lama bekerjasama dengan Wardah. Apakah mesej yang ingin Dayah sampaikan menerusi platform bersama ini?
Saya sudah bekerjasama dengan Wardah sejak hari pertama pelancarannya di Malaysia, saya ingat waktu itu acaranya berlangsung di Hotel Majestic. Selain saya sukakan produknya, tapi saya juga grow bersama Wardah. Ia bukan satu jenama yang menjual produk saja tapi ada purpose dan pengertian yang tersendiri. Dengan Wardah saya boleh express myself dan gunakan suara saya untuk satu platform yang lebih baik.
Dengan Wardah saya rasa mereka adalah keluarga saya dan saya sudah pergi bermacam-macam event. Malah saya pernah ke Mekah untuk satu conference yang dianjurkan generasi muda dari seluruh dunia. Saya pernah ke Qatar dan juga London Fashion Week. Wardah adalah jambatan untuk saya lebih dekat dengan pengikut saya untuk saya lakukan lebih banyak impactful initiative. Mereka berikan saya kebebasan dan positiviti. It’s such blessing dapat peluang bekerja dengan jenama ini sampaikan orang boleh cakap ‘Dayah you’re so Wardah’…hahaha.
Wardah grow with me, and I grow with them. Dari single sampailah saya ada anak, saya bersama Wardah. Malah saya pernah cakap, saya ada relationship yang lebih lama dengan Wardah dibandingkan dengan my previous relationship… hahaha!
Arahan Kreatif: Khairul Abidin, Fotografi: Bibo Aswan, Arahan Seni: Amirul Arif, Penata Gaya: Khairul Abidin & Erdina, Penyelaras Kandungan Digital: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Solekan: Catyong (menggunakan Wardah), Penata Gaya Hijab: Faradinana, Pakaian: MAJE Paris & Uniqlo.
BACA: “Girls Talk Memberi Suntikan Keyakinan Kepada Wanita Antara Satu Sama Lain” – Sharifah Rose