Hello En Route to EH!xperience x Kérastase di Taylor’s University, ada interaksi bersama pempengaruh Dee Alimin dan jenama Shals!
Kehadiran Dee Alimin, pempengaruh dan pencipta kandungan digital berhijab, menyuntik kelainan yang sangat relevan buat komuniti En Route to EH!xperience. Dalam sesi yang penuh semangat dan real, Dee berkongsi pengalaman mencipta kandungan di media sosial serta trik penjagaan rambut walaupun berhijab.
Menyemarakkan lagi suasana, lokasi kali ini turut disertai oleh selebriti dan pengasas jenama fesyen Shalma Aina, yang membawa activation eksklusif Shals, jenama yang sinonim dengan gaya moden dan penuh karakter.
Pelajar-pelajar Taylor’s menyambut acara ini dengan penuh keterujaan. Masterclass bersama produk terbaru Glaze Drops by Kérastase memberi ruang kepada mereka mencuba dan memahami produk secara langsung, disertai penerangan mendalam tentang manfaat termasuk buat mereka yang bertudung atau sering terdedah kepada gaya harian sibuk.
Ruang aktiviti En Route to EH!xperience x Kérastase di Taylor’s University yang turut menjadi pusat tumpuan:
- Memory Game padankan produk Kérastase mencetuskan suasana bersaing sambil belajar
- Kopi percuma dari @hwc_malaysia menjadi tempat lepak wajib selepas sesi masterclass
- Selfie dan Slay bersama @canonmalaysia jadi studio mini yang penuh gaya dan warna
- Draw My Hair pula menggalakkan pelajar melakar impian gaya rambut mereka – dari gaya klasik ke fantasi penuh warna
Teruskan bersama kami untuk lokasi terakhir!
Baca: Minggu Kedua En Route To EH!xperience Di UCSI University