Oleh: Hafizan Mohd
Hari ibu bakal tiba hujung minggu ini dan inilah masanya untuk anda luangkan masa bersama ibu tercinta. Jika tidak mahu bersesak di pusat beli-belah, habiskan saja masa yang ada di rumah bersama ahli keluarga yang lain sambil makan dan menonton filem pilihan. EH! memaparkan enam filem bertemakan kekeluargaan terbaik untuk anda tonton bersama keluarga hujung minggu ini.
Pin
TERMS OF ENDEARMENT (1983)
Love-hate relationship antara ibu dan anak. Satira paling jujur dalam sejarah dunia perfileman.
Pin
MY BIG FAT GREEK WEDDING (2002)
Tonton jika anda mahukan feel good family drama. Komedinya asli dan sesuai untuk anda bergelak ketawa juga refleksi kepada realiti kehidupan.
Pin
STEPMOM (1998)
A perfect match! Julia Roberts meets Susan Sarandon. Tentang dua wanita berkongsi kasih kasih antara suami dan anak.
THE KIDS ARE ALRIGHT (2010)
Filem ini lebih sesuai untuk tontonan dewasa. Membawa penonton jauh kepada cerita dunia hari ini yang cukup sinis dalam beberapa adegan.
Pin
JUNO (2007)
Sebuah lagi satira tentang sosio-budaya anak muda hari ini. Persembahannya ringan tetapi penerapan nilai kekeluargaannya tinggi sekali.
Pin
THE BLIND SIDE (2009)
Kisah seorang suri rumah yang kaya dan baik hati telah bertemu dengan seorang anak jalanan yang akhirnya mengubah takdir hidup.