Bergelar selebriti seperti The Weeknd bukanlah mudah, setiap gerak-geri akan diperhatikan dan dirakam lensa kamera.
Begitulah jugalah perihal percintaannya. Kala The Weeknd melangkah keluar bersama insan istimewa – baik Selena Gomez mahupun Bella Hadid, paparazi akan sentiasa mengekori.
Disebabkan itulah dia memilih pendekatan berprofil tinggi dalam perhubungan cintanya. Menerusi satu temu bual baru-baru ini, pelantun lagu Blinding Lights itu berkongsi mengapa dia mengelak untuk bercinta dengan orang biasa.