Jelasnya kepada GQ, dia berasa bersalah mendedahkan kehidupan orang biasa kepada dunia glamor dengan memilih mereka menjadi teman wanita.
“Sebab itulah saya enggan, saya cuba untuk tidak melakukannya. Saya sendiri tidak mahukan perhatian dunia. Dan saya suka berada dalam situasi normal, ia sesuatu yang hebat. Mampu berjalan-jalan tanpa menarik perhatian, bukannya bersembunyi di dalam SUV,” katanya dalam nada kecewa.
Baru sebulan lalu penyanyi ini mencetuskan hangat di media sosial apabila dirakam menikmati makan malam bersama pelakon popular, Angelina Jolie di Los Angeles.
Walaupun pertemuan di Restoran Giorgio Baldi itu dilihat kasual, peminat membuat andaian bahawa mereka kini sedang bercinta.