Tidak dapat dipastikan apakah perhubungan sebenar mereka, namun The Weeknd mendedahkan dia mahu menimang cahaya mata satu hari nanti.
“Saya mahukan sebuah keluarga. Walaupun pernah berkata tidak, hakikatnya saya inginkannya. Saya mahu memiliki cahaya mata.”
Ini menimbulkan persoalan, mengapa dia berkata sebaliknya sebelum ini?
“Saya berkata demikian kerana gembira dengan perjalanan kerjaya saya ketika itu. Tetapi saya juga berasakan mempunyai anak akan memberi saya lebih banyak inspirasi untuk berkarya,” katanya.
Foto: Getty Images
Baca: The Weeknd Tampil Sebagai Ketua Kultus Dalam Siri The Idol