Bintang Bullet Train itu dilaporkan menjual 60 peratus saham syarikat yang diasaskan bersama bekas isterinya, Jennifer Aniston kepada konglomerat media Perancis.
“Brad memutuskan dia mahu menjalani kehidupan lebih tenang pada masa akan datang dan kini sedang merancang untuk bersara. Tidak dipastikan adakah dia akan terus berlakon, bagaimanapun dia tidak ingin lagi terlibat dalam perniagaan di Hollywood,” jelas sumber.
Satu sumber lain memberitahu, “Dia sedang mempertimbangkan rancangan untuk meninggalkan Hollywood dan menetap di Perancis. Dia mahu mengusahakan ladang anggur, menghasilkan karya seni dan membuat perabot. Dia hanya mahu hidup dengan tenang.”