Sebelum penjualan saham Plan B Entertainment didedahkan kepada umum, sumber yang sama memaklumkan kepada Page Six bahawa “Brad Pitt akan menjual syarikat produksinya dan meninggalkan Hollywood dengan penuh kepuasan.”
Bagaimanapun individu rapat dengannya mendedahkan aktor berusia 59 tahun itu tidak akan berundur daripada kerjaya lakonannya dalam masa terdekat.
“Walaupun Brad Pitt menghabiskan banyak masa dalam bidang perniagaan (ladang anggur Chateau Miraval di Perancis yang dibelinya bersama bekas isteri, Angelina Jolie) dan minatnya yang lain seperti seni bina, dia benar-benar komited terhadap kerjaya lakonannya,” jelas sumber terdekat.