Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Erin Malek
Sudah agak lama tertanya-tanya perihal imej terkini Erin Malek di sosial media. Akhirnya terjawab setelah Erin mengakui yang dirinya selesa berhijab kini setelah sekian lama memendam rasa untuk mengenakan tudung.
Erin mula membawa imej wanita berhijab sopan bermula pada awal Januari lalu.
“Sebenarnya saya sudah lama untuk bertudung malah boleh dikatakan setiap hari duduk depan cermin dan saya akan pakai tudung dan melihat sendiri cantik ke tidak,” katanya kepada portal Media Hiburan.
“Saya tidak akan pakai tudung kalau diri sendiri belum bersedia lagi, saya tidak mahu sekejap pakai, sekejap buka. Ketika saya bertudung saya juga tidak memberitahu kepada siapa-siapa mengenai hal ini. Hijrah saya membuatkan ramai yang terkejut, bukan sahaja rakan dan keluarga, suami sendiri pun terkejut dengan perubahan saya sehingga dia cakap Alhamdulillah ringan sikit dosa suami,” jelas aktres yang baru menimang cahayamata pertama ini.
Tambahnya lagi, Erin agak kurang percaya untuk mengambil pengasuh mahupun pembantu rumah kerana terlalu banyak kes yang tidak diingini berlaku pada masa sekarang. Bahkan, dia tidak mahu melepaskan momen-momen indah bersama anaknya itu.