Pelakon berusia 48 tahun itu mempunyai dua cahaya mata perempuan, Esmeralda Amada Gosling, 8 dan Amada Lee Gosling, 6 hasil perhubungannya dengan Ryan Gosling sejak 2011.
Eva tidak lagi muncul di dalam drama mahupun filem sejak membintangi Lost River, filem sulung arahan teman lelakinya pada 2014. Sejak itu dia melibatkan diri dalam dunia fesyen dan kecantikan.
Dia turut meminjamkan suaranya untuk watak jurulatih yoga dalam siri animasi popular, Bluey pada 2021.