Pada 2019, bintang Hitch itu mendedahkan kepada USA Today mengapa dia berundur diri dari dunia lakonan setelah menjalin hubungan dengan Ryan dan melahirkan cahaya mata.
“Sejujurnya saya berasa kurang bercita-cita. Saya berasa lebih hebat di rumah sekarang ini berbanding di set penggambaran. Anak-anak tidak pernah melihat saya bersiap untuk ke tempat kerja.
“Tiada apa yang salah mengenainya buat mereka yang memilih cara sedemikian. Tetapi cara saya mengekalkan ‘normal’ adalah dengan tidak membiarkan anak-anak melihat saya dalam situasi itu. Saya hanyalah seorang ibu. Dan saya lebih daripada gembira untuk menjadi ibu sahaja,” tambahnya.
Foto: Alexander Tamargo/FilmMagic
Baca: Selain Johnny Depp, Siapa Lagi Yang Pernah Bertakhta Di Hati Amber Heard?