Teman wanita dan ibu kepada dua cahaya matanya, Eva Mendes turut mengagumi foto tersebut sekali gus meluahkan keterujaannya di Instagram.
“So. F. Funny. So. F. Good. So F Excited for you to see this,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen berserta tanda pagar mencuit hati, #Thatsmyken.
Eva dilaporkan menetap di London bersama anak-anaknya sejak beberapa bulan lalu demi menemani Ryan yang sibuk menjalani penggambaran filem itu.
Ini merupakan foto kedua yang dikongsikan Warner Bros. selepas memperkenalkan Margot sebagai Barbie yang memperlihatkan aktres itu tersenyum gembira di dalam kereta berwarna merah jambu.