Luqman Podolski, kerjaya sebagai content creator berevolusi menjadi seorang artis tanah air yang menghasilkan karya muzik hip-hop.

Luqman Podolski atau juga dikenali sebagai Dolesdolahski dilahirkan pada 2 Mei 1998 di Puchong Kuala Lumpur. Dari menghasilkan konten-konten yang menghiburkan di aplikasi Vine, beralih kepada Instagram, sekarang mengecapi populariti sebagai rapper terkemuka di Malaysia yang mempunyai 1.1 Juta pengikut di Instagram. Ini fakta menarik tentang perkembangan fesyen dan juga kerjaya Luqman Podolski.
Pencipta Kandungan Digital
Penyanyi ini memulakan karyanya melalui aplikasi Vine yang berjaya menghiburkan audiens pada suatu ketika dahulu. Antara videonya yang mencuit hati adalah seperti parodi dan sketsa yang dihasilkan bersama rakannya AdibAlexx. Video-video spontan yang dihasilkan olehnya berjaya menghiburkan ramai orang sehingga kini.
Penutupan aplikasi Vine tidak menghentikan usahanya dalam penghasilan konten, selepas aplikasi tersebut ditutup, dia meneruskan aktiviti pembuatan video di Instagram. Pada 8 April 2017, Luqman terpilih sebagai wakil Malaysia untuk calon bagi kategori Lifestyle dan Breakout Influencer di Anugerah Influencer Asia 2017.

Langkah Dalam Muzik
Karier bermuzik Luqman bermula pada 2019 setelah menandatangani kontrak bersama Black Hat Cat Records dan Warner Music Malaysia, seterusnya muncul bersama single sulungnya, “Sorang”. EP sulungnya, Hitam Putih, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020.
Sebelum dia memasuki dunia muzik, dia sempat menghasilkan muzik secara ringkas dan random di aplikasi Instagram sekali gus mencecah ratusan views. Sehingga hari ini, ramai peminatnya masih mencari dan menikmati karya lagunya yang dibuat secara rawak itu.
Antara lagu random yang disukai ramai : Lipas, Myvi, dan juga Pinggan. Dari sini, kreativiti dan bakatnya dalam menghasilkan lagu-lagu yang catchy dapat disaksikan oleh peminat-peminatnya.

Evolusi Fesyen
Bermula dari zaman penghasilan video, gaya dan stailnya hanya terdiri daripada t-shirt, seluar jeans, dan flip-flop. Namun, selari dengan evolusi kerjaya beliau dalam industri hiburan, gaya pemakaian beliau juga berkembang.

Kini, cita rasa fesyennya menggambarkan street fashion, diinspirasikan dengan genre muzik hip-hop. Pilihan fesyennya dilengkapi dengan penggunaan aksesori seperti frameless glasses, aksesori, topi atau beanie, dan juga baggy jeans. Perkembangan dalam penggayaan menyerlahkan penampilan Luqman sebagai artis hip-hop Malaysia.

Kreativitinya dalam berkarya bukan sekadar menghiburkan peminat melalui konten dan lagu, malah fesyennya juga menginspirasikan gaya pemakaian para penggemarnya.
Artikel berkaitan : Aisha Retno, Watak Utama Gelanggang Pop Masa Kini
