Hampir setahun mengenali hati budi Aiya Mukhamedsalova, Fadlan Hazim membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya dengan mengikat tali pertunangan.
Walaupun telah enam bulan bergelar tunangan, Fadlan Hazim hanya berkongsi khabar gembira itu bersama peminat baru-baru ini. Pelakon berusia 31 tahun itu berkata, mereka mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober 2022 di kediaman Aiya Mukhamedsalova di Khazakhstan.
“Saya berjumpa keluarganya sendirian di Khazakhstan pada Oktober tahun lalu. Majlis pertunangan kami hanya berlangsung secara ringkas dan melibatkan ahli keluarganya sahaja. Alhamdulillah proses pertunangan berjalan lancar. Saya tidak bermaksud mehu menyorokkan pertunangan, cuma tidak mahu terlalu berkongsi. Takut yang dirancang tak menjadi.”