Ujian ‘Ngeri’ Yang Perlu Dijalani Untuk Membuktikan Kejantanan
Bercakap mengenai pertemuan dengan keluarga tunangnya, aktor Sangkar itu berkata dia berpeluang mempelajari adat dan budaya orang Khazakhstan yang amat berbeza dan unik. Malah dia perlu melalui beberapa proses dan ujian untuk membuktikan kegagahannya sebagai seorang lelaki sebelum boleh menyunting Aiya Mukhamedsalova menjadi suri hati. Tujuannya adalah untuk memastikan dia secocok dengan bakal isteri.
“Sebelum berkahwin, kaum lelaki di sana perlu melalui beberapa ujian bagi menguji kejantanan dan kesungguhan untuk berumah tangga. Saya pun tidak tahu perlu melalui ujian tersebut, tunang pun tidak beritahu mengenai perkara itu. Dia hanya minta saya buat apa sahaja yang disuruh. Antara ujian yang perlu saya lakukan adalah berjalan di atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda. Bukan itu sahaja, saya juga dibawa mendaki gunung dalam suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki tanpa memakai baju tebal.”
Mengenai perancangan berumah tangga, Fadlan Hazim memaklumkan mereka belum menetapkan tarikh perkahwinan namun majlis dijangka berlangsung pada hujung tahun ini. “Buat masa ini saya sibuk menguruskan dokumen berkaitan kerana ia membabitkan perkahwinan dengan warga asing.”
Dalam satu wawancara beberapa bulan lalu, pelakon Sayang Tak Dikenang itu berkata dia bertemu bakal isterinya buat kali pertama di sebuah pusat kecergasan pada tahun lalu. Dia menyifatkan Aiya Mukhamedsalova sebagai antara wanita yang paling memahami dirinya. “Dia seorang wanita yang cantik di mata saya. Kami banyak persamaan. Saya boleh katakan dia antara insan paling serasi setakat ini,” katanya kepada Harian Metro.
Baca: Selamat Bertunang, Ifan Seventeen Bakal Akhiri Zaman Duda