Putera Sultan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen mula mendapat perhatian orang ramai di Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, orang ramai lebih tertarik dengan wanita yang berjaya memikat hati Putera Brunei kesayangan ramai, Anisha Isa Kalebic.
Sejak pengumuman perkahwinan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah pada 11 Januari 2024, rasa ingin tahu telah menyelubungi ramai pihak bukan sahaja di Brunei dan Malaysia tetapi di indonesia juga. Ikatan yang dikhabarkan telah terjalin sudah sekian lama sudah pasti mengundang perhatian minat ramai. Oleh itu, EH! dapatkan 3 fakta menarik tentang bakal isteri Putera Mateen, Dayang Anisha Rosnah Adam.
1. Cucu Kepada Penasihat Sultan Brunei
Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Yang berhormat Pehin Dato Awang Isa Bin Awang Ibrahim yang diberi gelaran ‘Pehin orang kaya Laila Sakti Bakti Di-raja’ yang sangat berpengaruh di Negara Brunei Darulssalam. Menurut laman web kerajaan brunei, www.pmo.gov.brunei, Pehin dato Haji isa juga merupakan pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei. Beliau Pernah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara dan Timbalan Menteri Besar pada tahun 1970 dan seterusnya menjadi penasihat sultan brunei pada tahun 1971 sehingga 2005. Sejak dari itu, keakraban mula terjalin antara dua buah keluarga ini.
2. Abang Anisha, sahabat Karib Putera Mateen
Dengan status terhormat yang diduduki oleh keluarga Anisha dalam pihak berkuasa kerajaan, ikatan yang tidak dapat diragui telah terjalin dengan keturunan raja Brunei. Oleh itu, tidak hairan apabila terdapat laporan yang menunjukkan hubungan yang mendalam antara Putera Mateen dan Abang kepada Anisha, yang dikenali sebagai Daniel Isa Kalebic. Diketahui mempunyai minat dan hobi yang sama dan sering diperhatikan terlibat dalam sukan bola sepak dan polo.
3. Miliki Hobi Memasak
Mempunyai akaun khas Instagram yang mempamerkan hobi memasak yang diberi nama @anishakitchen khusus di mana dia sering berkongsikan gambar dan video hidangan serta resipi masakan yang disediakannya. Platform ini berfungsi sebagai galeri maya Anisha mempamerkan kebolehan serta minatnya dalam bidang masakan. Lebih istimewa di mana Putera Mateen juga merupakan salah satu dalam kalangan pengikutnya. Kali terakhir Anisha membuat posting adalah memaparkannya membuat kek chiffon pandan.
Artikel Berkaitan: 5 Kerabat Diraja Di Seluruh Dunia Yang Masih ‘Single’