Barron Trump, anak bongsu kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Melania Trump, sering menarik perhatian kerana rupanya yang kacak dan berkarisma.
Barron Trump sering menjadi tumpuan ramai sejak kecil, namun dia lebih memilih untuk hidup dengan cara yang lebih peribadi dan tidak terlibat aktif dalam dunia hiburan atau politik, berbeza dengan ahli keluarga Trump yang lain. Walaupun sering dilihat bersama keluarganya dalam beberapa acara awam, Barron jarang memberikan kenyataan atau muncul dalam media.
Ada beberapa fakta menarik tentang kehidupan dan perkembangan remaja ini. Berikut adalah beberapa fakta tentang Barron Trump yang mungkin anda belum tahu:
1. Anak Tunggal Donald dan Melania Trump
Barron adalah satu-satunya anak hasil perkahwinan antara Donald Trump dan Melania Trump. Walaupun dia memiliki lima adik-beradik dari perkahwinan ayahnya yang sebelumnya, Barron sering dipaparkan sebagai individu yang lebih peribadi dan kurang terlibat dalam perhatian umum.
2. Memiliki Ketinggian 201cm
Barron dilaporkan sangat tinggi, dengan ketinggiannya melebihi daripada kedua ibu bapanya yang sudah pun berusia. Ketika bersama keluarga pada beberapa acara, ketinggian Barron Trump sering mencuri perhatian menunjukkan betapa cepat dia membesar walaupun baru berusia 18 tahun!
Donald menyatakan bahawa ketinggian Barron adalah hasil daripada tabiatnya suka memakan semua hidangan yang dimasak oleh neneknya, Amalija Knavs, ibu kepada Melania.
3. Pendidikan di Sekolah Swasta
Barron Trump memulakan pendidikan awalnya di Columbia Grammar & Preparatory School yang terletak di Manhattan, New York. Sekolah swasta ini terkenal dengan reputasi akademik cemerlang dan menyediakan kemudahan canggih untuk pelajarnya.
Setelah Donald Trump dilantik sebagai Presiden pada tahun 2017, keluarga Trump berpindah ke Washington, D.C. Barron kemudian menyertai St. Andrew’s Episcopal School, sebuah sekolah swasta berprestij di Potomac, Maryland. St. Andrew’s.
4. Fasih dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Slovenia
Barron adalah seorang yang dwibahasa dan mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris serta bahasa ibunda ibunya, Slovenia.
Menurut Melania, semasa Barron kecil, dia sering menelefon neneknya dan berbual dengan neneknya sepenuhnya dalam bahasa Slovenia. Melania menyokong anaknya mempelajari pelbagai bahasa, namun beliau sependapat dengan suaminya mengenai bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang perlu digunakan Barron di khalayak ramai.
5. Adik-beradik tiri
Barron Trump mempunyai empat adik-beradik tiri: Donald Trump Jr., 47, Ivanka Trump, 43, Eric Trump, 41, dan Tiffany Trump, 31.
Barron menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di Trump Tower di Manhattan, tinggal di sana sehingga bapanya dilantik sebagai presiden ke-45 pada awal tahun 2017. Barron berpindah ke White House pada usia 11 tahun dan tinggal di sana sehingga 2019, sebelum keluarganya berpindah secara tetap ke Kelab Peribadi Trump, Mar-a-Lago, di Palm Beach, Florida.