Madison semakin menjadi perhatian selepas membintangi filem Anora (2024), sebuah karya arahan Sean Baker yang berjaya memenangi sebahagian besar anugerah Oscar 2025.
Namanya mungkin sudah dikenali sebelum ini menerusi filem Once Upon a Time in Hollywood (2019) dan Scream (2022), tetapi peranannya dalam Anora dikatakan sebagai pencapaian terbesar dalam karier Mikey Madison setakat ini.
3 fakta menarik tentang pelakon seksi Oscar ‘Anora’, Mikey Madison yang anda perlu tahu:
1. Seorang atlet ekuestrian yang kompetitif.
Siapa sangka? Madison sebenarnya seorang pencinta kuda. Dalam temu bual bersama The Cut, Madison mendedahkan bahawa dia bersekolah di rumah selepas tingkatan tujuh. Ini membolehkannya untuk mengatur masa yang lebih fleksibel dan sering menunggang kuda di waktu lapang.
Dia juga memberitahu bahawa ibunya dan neneknya turut menunggang kuda, malah baginya, aktiviti itu lebih mudah daripada berjalan kaki.
2. Punyai saudara kembar.
Madison dilahirkan pada 25 Mac 1999 di Los Angeles dan dibesarkan bersama saudara kembarnya, dua orang kakak, serta seorang abang.
Semasa ucapannya di Anugerah Oscars 2025, Madison mengucapkan terima kasih kepada kembarnya, yang digambarkannya sebagai “sahabat baik,” dan pernah ditemu bual melalui W Magazine. “Saudara kembar saya selalu berpura-pura bahawa kami bukan adik-beradik. Pada hari terakhir sekolah, ada yang bertanya, ‘Miles, kenapa kau masuk kereta Mikey?’ Dan dia pun jawab, ‘Oh, dia sebenarnya adik aku.’”
Itulah kasih sayang adik-beradik yang sebenar.
3. Anugerah Oscars 2025 merupakan pencalonan pertamanya.
Anugerah Oscars 2025 menandakan kali pertama Madison, yang berusia 25 tahun, dicalonkan dalam Anugerah Akademi. Dalam ucapan kemenangannya, dia menyatakan bahawa walaupun dibesarkan di Los Angeles, Hollywood sentiasa terasa jauh daripadanya.
Dengan kemenangan menerusi filem Anora, Madison menjadi pelakon wanita kesembilan termuda yang pernah menerima anugerah berprestij itu. Kejayaan ini melonjakkan namanya dalam kalangan pelakon paling dicari di Hollywood.
Baca : Senarai Pemenang Oscar 2025