Nak tahu siapa sebenarnya penyanyi untuk lagu Malam Bintangmu yang menjadi salah satu lagu tema untuk mini siri Inspirasi Cinta gandingan Miller Khan dan Ain Edruce? EH! secara eksklusif menemubual kumpulan ini di rencana ini.
3. Cabaran yang paling sukar pernah Yubi Band lalui?
Kami gerak secara Indie pada awalnya, selepas keluar dari syarikat rakaman. Jadi, segala proses untuk mempromosi kami lakukan sendiri. Dugaan pada ketika itu memang berat, dimana pernah di awal penubuhan Yubi sebagai pengasas band ini perlu mengeluarkan modal awal untuk menghasilkan lagu ini. Yubi pernah mengharungi dugaan kewangan yang teruk hanya untuk mencipta karya terindah, Malam Bintangmu. Yubi bernasib baik kerana pada ketika Una (isteri Yubi) ada menyokong pada saat sukar itu. Selepas siap lagu tersebut pada tahun 2015, lagu itu pula tidak dimainkan di radio. Itu juga menjadi punca band Yubi berpecah kerana mereka merasakan band ini sudah tiada sebarang pendapatan dan hala tuju lagi. Jadi, tinggal Yubi bersama ahli baru iaitu Mubin Ismail. Kami meneruskan band ini sehingga tahun 2016, hingga pada satu hari Yubi Band mendapat tawaran dari Lescopaque Production (animasi Upin Ipin) untuk menyanyikan lagu Jeng Jeng Jeng untuk Upin & Ipin The Movie. Dari situ terbentuklah line up generasi kedua Yubi Band yang dianggotai Mubin, Izzat Kamel dan Syabil. Ketika mempromosi lagu Jeng Jeng Jeng, datang sekali lagi dugaan di mana Syabil dan Mubin terpaksa mengundurkan diri kerana komitmen yang lebih besar dari band. Jadi, tinggal Yubi dan Izzat Kamel. Dengan itu, kami terpaksa mulakan langkah untuk membentuk Yubi Band generasi ketiga, di mana dianggotai Paan Jebs, Harry Paren, Radit Andhika dan Arash yang melengkapi band ini. Selesai mempromosi Jeng Jeng Jeng di Jakarta (2017), Yubi membubarkan band dan bergerak secara solo semula. Alhamdulillah untuk sekarang ini kerana Malam Bintangmu diangkat menjadi lagu OST untuk mini siri Inspirasi Cinta.