Gambar: BH Online
Perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berakhir dengan linangan air mata setelah mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Gambar: Instagram Fasha Sandha
Fasha dan Jejai telah berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Putera Rayfal berusia 2 tahun dan Raysha Jemyma kini berumur baru sahaja 14 bulan.
Gambar : Instagram Fasha Sandha
Ketika dikelilingi wartawan selepas perbicaraan akan fail permohonan bercerai yang Fasha lakukan pada 18 Januari lalu, Fasha hanya mengucapkan terima kasih.
“Saya tak ada komen apa-apa. Terima kasih,” ujar Fasha.
Fasha dan anak-anaknya dikatakan redha akan segala apa yang sudah pun ditakdirkan.
“Penceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya,” tambahnya lagi.
Fasha ketika menghadiri perbicaraan fail penceraiannya ditemani penyanyi, Farahdhiya dan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Susilawati.
Gambar: Instagram Fasha Sandha
Jejai turut dilihat keluar dari mahkamah sambil menangis teresak-esak dan terus beredar bersama rakannya.
Melalui Instagram milik Fasha dilihat pelakon popular ini memuat naik sekeping gambar dengan mesej tersendiri berserta kapsyen tertulis ‘Allah Knows Best’ beberapa jam sebelum penceraiannya dengan Jejai.
Peminat-peminatnya turut tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada Fasha agar kekal kuat mengharungi dugaan perit dalam kehidupannya yang kini sudah berada dalam status ibu tunggal bersama dua orang anak. Semoga Fasha kuat dan cekal dalam mengharungi kehidupannya kini dan akan datang.