Sebelum ini sememangnya hangat tentang kisah percintaan diantara Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai. Kini, menerusi laman Instagram, Fasha dilihat meluahkan perasaan akibat gangguan tanpa henti yang dihadapinya.
Akuinya dia tidak suka berkongsi masalah di laman sosial, tetapi dia akhirnya bertindak untuk berkongsi masalahnya yang terpendam setelah sekian lama demi keluarga dan dirinya.
Menerusi perkongsian sekeping gambar yang mana memaparkan notis panggilan telefon yang tidak dijawab berkali-kali, Fasha turut menyatakan yang mana sebelum ini ramai yang menghinanya tanpa usul periksa dan dia turut menyatakan yang dia sebenarnya banyak kali cuba untuk melarikan diri dari lelaki yang dikatakan menggilakannya.
Tambahnya lagi, masalah tersebut turut dicampur dengan hasutan ‘orang lama’ yang ditulisnya. Fasha turut berharap yang mana dengan perkongsiannya itu dapat membuka mata ramai yang mana sekaligus menjelaskan bahawa bukan dirinya yang sepatut dipersalahkan sebelum ini, tetapi lelaki tersebut yang menggila-gilakannya.
Fasha turut menyatakan yang mana keluarga di pihak sana membencinya meskipun lelaki tersebut memuja dirinya. Luahan tersebut menerima ratusan komen dari pengikutnya. Ada diantaranya sehingga mencetuskan pergaduhan di ruangan komen.
Menerusi post terbarunya, Fasha memuat naik sekeping gambar pegangan tangan yang dipercayai dirinya dan anak-anak. Tulisnya supaya mereka sentiasa bersama-sama sehingga ke akhirnya dan tiada siapa yang boleh memisahkan dirinya dan anak.
Tidak sehingga di situ sahaja, tetapi seakannya Fasha mahu mengongsikan sedikit demi sedikit tentang kisahnya yang tidak diketahui ramai. Bahkan, melihat pada tindakan Fasha tersebut, berkemungkinan pelakon popular ini mahu membawa perkara tersebut ke muka pengadilan berdasarkan segala bukti yang dia simpan.
Apa pun kami doakan yang terbaik buat Fasha. Semoga segalanya terkawal dan berada di dalam keadaan yang baik.