Akhirnya video pernikahan Fattah Amin dan Fazura telah pun dikongsikan kepada umum menerusi akaun Instagram mereka. Ternyata indah melihatnya.
Pada malam Isnin lalu bertarikh 27 November 2017, pihak Universal Music yang menguruskan penyanyi Nur Fazura telah pun berkongsikan berita gembira berhubung majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang telah berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka yang terletak di Kuala Lumpur.
Berita itu kini diperkukuhkan lagi dengan video pernikahan Fattah dan Fazura yang dimuat naik ke laman sosial Instagram masing-masing pada malam tadi.
Menerusi video yang dimuat naik dalam tiga bahagian, pasangan itu dilihat mengenakan busana serba putih dalam suasana majlis yang dipenuhi dengan bunga-bungaan segar hasil dekorasi dari Reka Teemor.
“Yang teristimewa buat Love Warriors. Dengan gembirannya kami kongsikan… Majlis pernikahan kami.. Terima kasih dari sudut hati kami atas segala cinta dan doa dari anda semua,” tulis Fazura menerusi kapsyen video yang dikongsikan.
Menurut kenyataan media yang diberikan oleh pihak pengurusan pelakon jelita itu, Fattah dan Fazura diijab kabulkan pada pukul 9.50 malam pada 27 November lalu hanya dengan sekali lafaz.
“Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami,” kata Fattah kepada BH Online.