Kecoh di media sosial pabila sekeping gambar yang menampakkan Fattah Amin sedang memegang tangan Neelofa ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin.
Hakikatnya tidaklah seperti mana yang kita sangkakan. Fattah memberi penjelasan menerusi Harian Metro yang mana insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja.
Bagi Fattah, niatnya hanyalah untuk melindungi Neelofa dari diserbu peminat yang membanjiri lapangan terbang tersebut. Kedatangan Fattah dan Neelofa nyata disambut meriah di negara Borneo itu.
“Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal. Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut penjelasan Fattah itu jelaslah yang mana pelakon utama Suri Hati Mr.Pilot ini berniat baik terhadap Neelofa dan tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.
Ketibaan mereka di sana tidak hanya disambut peminat di lapangan terbang sahaja, malah juga di hotel di mana selebriti ini menginap. Meskipun sekarang ini masih lagi tiada kata putus atau penerangan akan status hubungan pasangan secocok ini, tetapi Fattah hanya berserah segalanya pada ketentuan Allah.
“Saya tahu ramai mahu kami bercinta sehingga mewujudkan akaun kelab peminat di Instagram. Malah setiap komen diletakkan #lofatah . Apa boleh saya katakan, doakan yang baik-baik saja,” katanya.
Pasangan sejoli ini terbang ke Brunei untuk menghadiri majlis pelancaran #WARDABYNH yang berkolaborasi bersama jenama produk kecantikan K-Colly dan Height Up.