Pelakon yang sedang memuncak polularitinya, Fattah Amin telah memuat naik sebuah posting yang memberi indikasi bahawa dia bakal terbabit dalam sebuat produksi drama yang kemungkinan besar adaptasi drama popular Korea Selatan berjudul Coffee Prince.
Mengikut posting tersebut, Fattah bakal masuk ke set esok untuk menjadi seorang “putera” dan dengan visual kopi yang disertakan, secara tidak langsung mengkaitkan dirinya dengan produksi sensasi ini. Sebelum ini Fattah memilih untuk tidak memberi komen mengenai hal ini dan akhirnya memberi “bayangan” dia terbabit dalam drama Coffee Prince ini.
Coffee always make me happy. And tomorrow, I will be a “Prince.” ? Do you guys like coffee? What is your favorite coffee? ☕️ #stalkerscoffee #stalkerscafe #stalkerscafebyfattahamin @stalkerscafe_
Sebelum ini, netizen rata-rata menyuarakan keluhan mereka yang tidak mahu Fattah menjadi Coffee Prince. Ramai yang berpendapat, aktor yang mula popular melalui filem Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella tidak sesuai membawakan watak yang pernah diangkat oleh aktor tersohor Gong Yoo dalam drama asalnya.
Malah pihak Astro juga telah memberikan respon yang menyatakan pemilihan barisan aktor melalui beberapa proses dan pertimbangan oleh pihak stesen dan produksi. Nampaknya, Fattah memenuhi kehendak mereka dan bakal muncul memainkan peranan seorang pemilik kafe yang jatuh cinta pada pekerjanya yang disangka seorang budak lelaki.
Nama lain yang disebut bakal membintangi drama ini adalah Janna Nick, Diana Danielle dan Fahrin Ahmad. Kita nantikan info lanjut dan respon dari pihak yang terbabit dalam produksi oleh Michael Ang ini.
Apapun, EH! kagum dengan kesungguhan Fattah yang juga mewarnai sampul dengan majalah bulan ini bersama Fazura, menyahut cabaran membawa watak dalam drama sarat emosi ini. All the best!