Menerusi rancangan 13 episod ini, perusahaan kecil dan sederhana akan diketengahkan yang meliputi pelbagai industri termasuk sektor perkhidmatan, pengangkutan, pembuatan dan peruncitan.
“Ketika ditawarkan peluang ini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Saya menerima tawaran ini sebagai peluang baru untuk dicuba setelah hampir sedekad melibatkan diri dalam industri seni,” katanya.
Walaupun sedar tanggungjawab ini tidak mudah, Fattah mengakui telah mencuba sehabis baik untuk memastikan segala perkongsian dapat disampaikan secara jelas dan bersahaja.
“Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang kesukaran, cuma saya perlu pastikan pembabitan saya sebagai pengacara dapat diterima ramai,” tambahnya.