Bukan saja berbakat besar dalam bidang lakonan, namun untuk menjadi pelakon drama Korea berjudul Coffee Prince, aktor berkenaan mestilah tampan, segak, tinggi dan seksi. Itulah formula kejayaan pengarah Coffee Prince iaitu Lee Yoon Jung yang telah mengambil Gong Yoo, Lee Sun Kyun, Kim Dong Wook, Kim Jae Wook, Wook Lee Eon dan Kim Chang sebagai tunjang utama drama yang popular sekitar tahun 2007.

Memandangkan pengarah popular tempatan iaitu Michael Ang bakal membuat remake drama berkenaan dalam versi Melayu, nama pelakon yang sudah cukup sinonim dengan hasil karyanya iaitu Fattah Amin diumumkan sebagai teraju untuk drama ini bersama dengan Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Diana Danielle.
Namun, peminat tegar drama Korea di Malaysia kurang bersetuju dengan pengambilan Fattah untuk melakonkan watak yang pernah dilakonkan oleh Gong Yoo iaitu hero drama Goblin. Oleh itu, banyak nama pelakon tempatan sama ada baru atau seangkatan Fattah dicanangkan sebagai lebih layak memegang watak berkenaan.
Walaupun keputusan bantahan tersebut masih belum diterima, EH!KOREA BUZZ senaraikan nama pelakon lelaki tempatan yang dicadang peminat tegar Korea sama ada untuk melakonkan watak utama atau watak lelaki yang lain.





Sila undi siapakah pilihan anda?