Akhirnya berita pernikahan Faye Kusairi dan Azmi Hatta tular di laman sosial meskipun sebelum ini dia menafikannya.
Berita pernikahan pelakon ini mula tersebar pabila dia memuat naik gambar kad jemputan ke majlis perkahwinannya menerusi laman Instagram. Kad undangan tersebut menunjukkan nama Faye serta pasangannya iaitu Azmi Hatta.
Yang menguatkan lagi kontroversi itu adalah pabila kelab penyokong Faye turut berkongsi gambar yang dipercayai majlis pernikahan pelakon itu. Sebelum ini, Faye pernah menafikan akan berita tularnya kad perkahwinan dirinya bersama bekas suami Elly Mazlein.
Faye yang pernah bekerjsama dengan pengarah drama Istikarah Cinta itu mula diperkatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Azmi dan Elly. Namun berita itu ditolak sepenuhnya oleh Azmi yang menyatakan punca penceraiannya dengan Elly tiada kena mengena dengan pihak ketiga.
“Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami. Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly. Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir, ” kata Azmi menerusi portal mStar ketika masih hangat akan berita penceraiannya bersama bekas isteri pada tahun lalu.
Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan berpisah pada Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang ketika Elly masih dalam tempoh hamil empat bulan.