Fazura meluahkan rasa sangat terharu dengan sambutan luar biasa terhadap konsert sulung Faztival pada tahun ini dan berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.
“Alhamdullillah saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan yang luar biasa dan tidak menyangka telah mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records iaitu penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan, The Largest Tudung Fazura Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia,” kongsinya.
Seiringan dengan konsert itu, Fazura juga telah melancarkan produk terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi.