3. Ariana Grande dan Cynthia Erivo menyanyi secara langsung
Selain berlakon, Ariana Grande dan Cynthia Erivo adalah penyanyi jadi filem ini memang sesuai buat mereka. Tapi tahukah anda mereka sebenarnya menyanyikan secara langsung semasa penggambaran filem ini. Selalunya apabila filem muzikal, mereka akan rakam saja suara dan suntingnya masuk dalam filem. hebat bukan?
Tapi dengar saja nyanyian Cyntia dalam lagu berjudul ‘stand up‘, betul-betul meremang bulu roma. Jadi, memang betul mereka tidak salah pilih Ariana dan Cynthia menjadi pelakon utama filem Wicked ini.
4. Bunga tulip ‘real‘
Mereka menanam sembilan juta tulip untuk menjadi sebahagian daripada landskap untuk Munchkinland. Dalam filem muzikal itu, Munchkins bertanggungjawab mengumpul warna dari ladang tulip, jadi mempunyai tompokan bunga sebenar dan bukannya CGI selepas itu adalah penting.
5. Set Pengembaraan bukan ‘CGI’
Daripada bergantung pada CGI, satu tan set praktikal telah dibina untuk penggambaran filem Wicked kerana mereka mahu menjadikan segala-galanya realistik dan bermakna. Daripada peletakan ‘yellow brick road’ yang ikonik kepada pengecatan semburan lantai hijau.
Kereta api yang mengangkut Elphaba dan Glinda ke Emerald City juga adalah benar. Ia telah dibina khas untuk filem itu, seberat 16 tan, dan mengambil masa dua hari untuk bergerak.
Baca: Momen Lucu, Menarik & Ikonik Berlaku Di MAMA Awards 2024