Bakal disiarkan secara percuma di platform penstriman Tubi pada 30 September ini, Hot Take: The Depp/Heard Trial menyusuri perhubungan penuh kontroversi pasangan suami isteri itu serta segalanya yang berlaku di dalam dan luar mahkamah.
Dalam perbicaraan yang berlangsung di Fairfax County Circuit Courthouse, Virginia dari April hingga Jun 2022, Amber didapati bersalah kerana menfitnah bekas suaminya dan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM66 juta.
Menerusi artikel yang disiarkan dalam kolum Washington Post pada 2018, bintang Aquaman itu merujuk dirinya sebagai seorang ‘tokoh masyarakat yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga’.