Filem itu menyusuri kehidupan pelukis tersohor Itali yang meninggal dunia dalam kemiskinan pada 1920 sebelum dikenali di seluruh dunia kerana hasil karyanya yang unik.
“Perjalanan hidup Encik Modigliani adalah salah sebuah kisah yang saya bawakan ke layar perak dengan penuh rasa rendah diri dan berbesar hati. Ia adalah kehidupan yang dipenuhi keperitan namun berakhir dengan kejayaan – kisah manusia sejagat yang pasti boleh dirasai oleh setiap penonton,” katanya.
Johnny membuat kemunculan pertama sebagai sutradara menerusi filem The Brave pada 1997 yang turut menyaksikan dirinya sebagai pelakon utama di samping bintang The Godfather, Marlon Brando.
Selain sibuk menjadi pengarah, bintang Dark Shadow itu baru-baru ini turut dipilih untuk membintangi sebuah filem biopik mengenai ketua gundik Diraja pada abad ke-18, Jeanne du Barry sebagai Raja Louis XV. Berlatar belakang Istana Versailles di Perancis, ia telah pun memulakan penggambaran pada Julai lalu.
Baca: 5 Perkara Mengejutkan Yang Dibongkar Dalam Perbicaraan Johnny Depp & Amber Heard